[Biskut Nestum raya 2011]

salam~
.
biskut raya keempat ialah biskut nestum..buat biskut yg simple dan sedap sahaja..ade kesempatan baru buat yg macam gempak sikit biskut raya ni..hehe..sila jamu mata yer..
.
.
.
Bahan2.........................................................
-1 cawan tepung gandum
-1 sudu teh serbuk penaik
-1 sudu teh soda bikarbonat
-1/2 cawan nestum
-125gram mentega
-1/3 cawan gula aising
-1 biji telur gred A
.
Cara2 buat................................................
-Ayak gandum,serbuk penaik dan soda bikarbonat. Satukan dengan nestum.
-Pukul mentega dan gula hingga sebati,masukkan telur dan pukul sebentar.
-Masukkan campuran tepung dan uli hingga menjadi adunan doh yang lembut.
-Bentukkan menjadi bentuk yg diingini dan letakkan ceri sebagai hiasan.
-Boleh juga disalutkan dengan nestum dan kepingan badam sebagai hiasan.
-Bakar dengan suhu 175c atau 15-20minit..atau sehingga masak.
-Siap dan boleh dimakan..hehe...
.
.
sekian~


0 bite cupcakes!:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...