[Apam Rose]

salam~
.
lagi apam yg cumil..dan sedia menerima tempahan sekitar Bentong..tq..
.

~sebelum dikukus..

~sesudah dikukus..

.
resipi sama je macam apam dot dot sebelum nih..
.
Bahan-bahan...
-3 biji telur
-275 gm tepung gandum*
-3 sudu teh baking powder* (diayak bersama tepung gandum)
-200 gm gula halus (boleh kurangkan jika tak suka manis)
-150ml susu segar (sy guna susu cair aje)
-1 sudu teh ovallete
-Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
-Pewarna & Esen Vanilla
.
Cara-cara pulak..
1.Pukul telur dan gula hingga kembang dgn kelajuan maxima selama 10 minit.
2.Masukkan susu selang seli dengan tepung sedikit demi sedikit sambil pukul perlahan dengan mixer.
3.Tambah esen vanilla & Ovallette ,pukul lagi sehingga sebati dan nampak adunan akan berubah texture menjadi gebu.
4.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ,titiskan pewarna mengikut citarasa
5.Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
6.Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang. Saya guna acuan tart , kawan saya guna acuan apam..boleh je mana2..asalkan berlapik.
7.Picitkan blueberry filling secukupnya.
8.Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian hiaskan dgn corak pilihan.
9.Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
10.Jangan buka api besar semasa mengukus. Nanti merekah
11.Boleh tukar filling (inti) apam ni dengan inti pilihan contoh : sekaya, strawberry, jem, peanut butter, coklat, orange filling dan apa2 yg anda suka...siap bagi contoh tu..hihi..
.

.
sekian~

0 bite cupcakes!:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...