[Puding Keju+Biskut Oreo]

salam~
.
mencuba resipi senang lagi..err puding jer..hehe..nak membaking kek,cupcake bagai mmg tak ckup masa..nnt2 la carik masa..hihi..
.
resipi senang sebab guna biskut aje tuk hasilkan rasa keju tuh..semestinye biskut cheese tuh..yg masin lemak2 sikit..mmg sedap laa..tapi sy guna biskut cheese yg berkrim cheese jugak di tengah..sedapp..hihi..
.
resipi saya amik dari SINI..terima kasih tuan rumah..

~rupa puding keju sy..sekejap keju sekejap cheese..haha..sama maksud je kan..haha..
.
.
.
dalam proses pembuatan tuh..kat tengah2 adunan sy susunkan biskut oreo nih..lagi la masyukk rasa dia..patutla tuan punya resipi cakap puding terbaekkkkkk..hehe..
.
kalo letak lagi byk oreo lagi sedap ko!hehe..

~oreo disusun berhati2..hehe..terapung jer biskut nih dalam adunan puding tuh..comey..haha..
.
.

~rupa puding bila dipotong..ohh..saya letakkan buah kiwi sebagai hiasan atas tuh..letak dalam bekas sebelum dituang adunan puding tadi..
.
jom cek resipi senang nih..
.
bahan-bahan:
.
13g serbuk agar-agar
1 liter air (4 cawan)
120g gula kastor (3/4 cawan)
3 biji telur
120-150g biskut Cheese (saya guna 2 peket biskut cheese berkrim cheese)
1 sb tepung kastad
400ml susu cair (1 1/4 cawan)
200g susu pekat (3/4 cawan)
50g mentega (2 sb)
beberapa keping oreo
.
cara buat:(cara mudah saya)
1-satukan telur,biskut,tepung kastad,susu cair,susu pekat dan mentega dalam blender..blend sampai hancur
2-masak serbuk agar2 dalam air..kacau sebati..pastu masukkan gula..kacau sampai gula hancur...
3-masukkan adunan yang dah diblend tadi dalam adunan agar2..kacau2..dan tutup api bila mendidih...senang kan..
4-biarkan sejuk sikit..masukkan lam loyang or bekas agar2..saya lapiskan dgn biskut oreo dan kiwi..biarkan ke suhu bilik..dan sejukkan dalam peti ais..
.
bila dah keras, leh potong2 dan ngappp!..sejuk tekak..nyamann..
.

~sedap makan bila sejuk..nyammm!
.
cuba la..
.
updated:biskut cheese cenggini tapi sy guna biskut yg lain..lupa dah nak snap gambo..huhu..
.

.
sekian~

[apam mangga]

salam~
.
reka2..suka2..suka hati letak mangga dalam apam nih..akhirnya apam tak naik sbb air mangga yang manis tuh menghalang..ohh gitu..tapi still sedap la..uhukkk..puji sendiri kah?
.
guna resipi Apam Senang aritu..dan letak hirisan mangga kat atas..1 adunan dapat dalam 10-12 biji apam nih..
.

~my adik makan 5 ketul apam nih..betul la sedap agaknye..haha..atau mungkin dia lapar..huhu..

~mmg terliur la tang hirisan mangga tuh..

~cantik jugak biler bukak baju camni..awww..hehe..
.
jenguk ke SINI kalau mau resipinya..
.
sekian~

[Apam Senang]

salam~
.
apam senang untuk yang malas macam saya..hehe..bahan2 yg mudah dan murah..cara2 nk buat pon tak rumit..cuma guna blender..hihi..tak caya??..cuba buat sendiri..gituuu..hihi..

~cantik kn bunga nih..mana tah tengok aritu..lupa nk save link..ampunkan sy tuan rumah..
.
jom tengok resipi apam senang bangat!
.
bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan air
1/2 cawan gula kastor*sy kurangkan 3 sudu*
1/2 cawan susu pekat
1 biji telur
1/2 sk soda bikarbonat
2 sudu serbuk koko*sy tak letak sbb sy buat plain jer apam ni*
.
cara-cara:
-masukkan sume bahan dalam blender*pengisar laaa*...dan kisar sampai sebati dan hancur sume..
-masuk lam cup..*nk letak filling pon voley*..corakkan apam pon voleyyy..
-kukus 10minit..*balut penutup kukusan tuk elak air jatuh ats apam..nnt bintik2 lubang kt ats apam tuh*
-siap..mkn...gebusss ko!!
.

~rupa sebelum dikukus..sy lorekkan bunga ros..(amik sedikit adunan,letak pewarna dan lorek atas apam guna lidi)

~siap kukus..sebiji jer jadik bunganya..ciann..

~dapat 15biji...2masuk mulut..tinggal byk nih tuk fotograpi..hehe..
.
selamat mencuba..
.
sekian~

[Puding Roti]

salam~
.
cuba lagi buat puding roti...aritu penah buat plain je..yakni koko saje..harini tambah kaler sikit..senang je pon..cubalah..

~lapis ngn kaler pink hijau tuk bagi kelainan..rsanya still sama..ehh sedap..hihi

~enak dimakan..sy buat kurang manis..
.
.
.
jom jenguk resipi,lupa dah amik dari mana..lama sgt dah nih..
.
bahan-bahan:
-4 keping roti,saya guna roti gardenia
-2 biji telur
-1/2 cawan susu pekat..saya guna 4 sudu jer
-1/2 tin susu cair
-10 gram serbuk agar-agar
-1/2 cawan gula
-2 sudu besar marjerin..cairkan dulu
-3 + 1/2 cawan air
-2 sudu serbuk koko
.
cara-cara:
-didihkan 3 cawan air bersama serbuk agar-agar dan gula,kacau bagi rata
-kisar roti,susu cair dan pekat,telur serta 1/2 cawan air, masukkan dalam adunan agar-agar tadi,kacau sebati
-masukkan marjerin yg dicairkan,kacau..bila mendidih tutup api..siap..
.

-ohh..sy bahagikan kepada 3 warna nih..then tunggu agar2 ni jadik pekat sikit..baru masukkan dalam loyang
-bermula dgn lapisan koko..pastu selang seli ngn lapisan kaler2..pastu koko last sekali lagi..
-letak lam peti ais..agak2 dah keras..potong dan makan..sedap dan nyaman...
.
sekian~

[]kek karamel]

salam~
.
kek karamel pertama saya..alhmdulillah menjadi la kot..en.suami ckp sedap jer..puas duk tengok kat blog org lain aje..buat sendiri beshhh..
.
step 1
2 sudu besar gula
-tuk buat gula hangus,masuk lam loyang,panaskan atas api sederhana,biar nampak keperangan..jgn gelap sgt..nnt rasa pahit..
.
step 2
1/2 tin susu cair
3/4 cawan gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 biji kuning telur
-kacau susu cair+esen vanila+gula kastor,bagi gula hancur dulu,pastu masukkan kuning telur,kacau perlahan jer..jgn bagi berbuih..pastu tapis ke dalam loyang yang ade gula hangus tadi
.
step 3 (kek)
2 1/2 cawan tepung gandum(ayak)
3/4 cawan gula kastor
3 biji kuning telur

1 sudu teh baking powder(ayak bersama tepung gandum)

135ml air biasa
45ml minyak masak
-pukul kuning telur +air +minyak sampai berbuih,pastu masukkan gula,pukul sampai kembang,pastu masukkan tepung gandum sedikit2 sampai sebati semua
.
step 4 (merinque)
6 biji putih telur
3/4 cawan gula kastor
-pukul putih sampai gebu dan putih,merinque ialah bila terbalikkan mangkuk,adunan tak jatuh
.
.
.
-ok..bila dah siap sume,campurkan 3 ke dalam 4..gaul dengan cara kaup balik,ulang sampai sebati
-pastu bahagikan kepada beberapa bahagian dan letak pewarna yg disukai..boleh jugak masukkan pes kalau suka
-pastu masukkan dalam loyang yg ade karamel tadi(1+2)
-cara saya, masukkan 2 sudu adunan berwarna merah di tengah dengan perlahan,diikuti warna hijau di atas warna merah,dan warna kuning di atas warna hijau dan ulang sampai habis..faham?kehkehh..
-pastu leh bakar sejam..saya bakar 30minit guna api bawah dgn suhu 160c-180c..pastu 30 seterusnya guna api atas bawah,suhu yg sama
-bakar dengan kaedah steam bath...letak loyang adunan dalam loyang lain yang ada air
-bila dah masak,biar kek rehat dalam 10minit dalam oben,kek akan tertanggal sendiri dari loyang pada sebelah tepi..pastu leh terbalikkan..letak lam peti ais tuk kasik sejuk.
-makan terus pon boleh.tapi kalo sejuk lagiiiii sedapp..hehe..

.

~sebelum masuk oben...

~kaedah steam bath gini la rupanye..

~bila terbalikkan kek..karamel tak sempurna sgt..cuba lagi...

~bila dipotong...ade seni tak?hehe..
.
selamat mencuba..
.
sekian~

[Pavlova]

salam~
.
pavlova pertama dari noli..alhmdulillah menjadi walauu x cukup bhn..hehe..
.
.
jom belek resipi...
.
Bahan-bahan Meringue:
3 biji putih telur
1 cawan gula icing
3,4 titik esen vanilla
3,4 titik cuka
1 sudu besar tepung jagung
.
Cara-caranya:
1. Pukul 3 biji putih telur ngan gula icing, guna high speed terus. Pastikan tiada bercampur kuning telur. Bekas kena kering betul-betul. Tak boleh ada air langsung. Kalau tak memang tak jadiklah meringue ni. Putar dalam 15 min. Putar sampai bila kita terbalik kan mangkuk tu, tak meleleh.
2. Kemudian masukkan esen vanilla, cuka dan tepung jagung. Gaul kasik sebati guna sudu.
.
3. Kemudian alas loyang guna baking paper.Panaskan oven sebelum masukkan meringue ni. Guna suhu 150.
.
4. Bakar selama 50min. Guna api bawah je. Suhu 120. Dalam masa sejam tu, meringue ni akan mengembang, dan merekah sikit.
5. Bila dah siap bakar selama sejam. Biarkan meringue ni sejuk dalam oven. Jangan keluarkan. Jangan risau kalau dia mengecut.. takpe. Yang penting jangan kuarkan dari oven, nanti dia sudden drop. Biar dia drop slowly.
.
6. Sementara tunggu meringue tu sejuk, bolehlah putar whipping cream sampai dia kembang. Sementara tu boleh wrapped dan sejukkan dalam fridge. Bila meringue dah sejuk, bolehlah sapu whipping cream atas meringue. Dan hiaskan lah dengan buah-buahan pilihan.
**sumber dari cni.
.
sekian~

[kek velvet berombak]

salam~
.
aduhaiii..tak larat nak telan air liur..kahkahhh..asyik duk blogwalking ke rumah2 tukang masak ni la jadinye..dah la..stop kejap..kering plak tekak nih..
.
duk tgk resipi best2 terus rasa macam banyak masa je nk buat sume nih..haha..ni pon buat time wekend aritu..leh la en.suami tolong tengok2 kn wafa..kalo tak tak larat nak kejar ke dapo..kejap kejar ke dalam umah tgk wafa..hihi..
.
akhirnya jadi la nih..akibat kukusan tak berapa nk besar..kek berombak ni pon macam bantat jer..tapi still rasa sedap laaa..en.suami la yg mkn..lepas mkn mkn..lepas mkn mkn..hehe..
.
~suke bila tengok menjadi..walauuu tak berapa nk berombak..hehe..

~wane wani..
.
ni sy share resipi yg amik dari cni..
.

Bahan-bahan ( loyang 9x6x3 / 10x7x3 )

  • 5 biji telur - A yg sejuk dr peti ais
  • 1 cawan gula halus
  • 2 cawan tepung gandum - ayak
  • 1 sk baking powder
  • 1 sb ovallete
  • 1/2 sk garam
  • 1 sk esen vanilla
  • 1/2 cawan + 1/8 cawan susu sejat = (150g)
  • 10 sb mentega cair (100g)
  • pewarna oren,hijau,kuning dan merah atau warna2 pilihan ikut suka
  • Secukup serbuk koko atau serbuk milo (boleh campur kedua2 skali)
  • Cara-cara

    1. Panaskan kukusan.Loyang dialas kertas dan digris sekeliling.
    2. Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan pewarna dan pukul hingga kembang.
    3. Masukkan mentega cair dan kaup-balikkan adunan hingga rata.
    4. Bahagikan adunan kepada empat bahagian dan warnakan.
    5. Ratakan adunan berwarna pertama di dalam loyang.Ayak serbuk koko di atas lapisan pertama rata2 hingga menutupi lapisan pertama tadi.
    6. Tindihkan adunan berwarna kedua di atas lapisan koko dengan kemas.Bagi memudahkan gunakan sudu makan dan tompok2kan adunan hingga rata menutupi lapisan serbuk koko.Tabur lagi serbuk koko rata2.Ulang melapis dan menabur serbuk koko untuk lapisan ketiga hingga lapisan terakhir adunan berwarna tanpa ditabur serbuk koko.
    7. Tutup loyang kemas2 dengan aluminium foil yang telah disapu mentega.Kukus selama 45 min.
    8. Apabila masak,buka segera aluminium foil.Ketika ini kek yang dilapis dah kelihatan berombak.Biarkan kek 5 min di dalam loyang.
    9. Tangkupkan loyang dan sejukkan kek di atas redai.
    10. Biar kek benar2 sejuk dan boleh dipotong dan hidangkan.
.
selamat mencuba ..
.
sekian~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...