[biskut coklat chip]






Bahan2:................................................................................
-180gram mentega
-90gram gula kastor
-1 sudu esen vanila
-1biji telur
-200gram tepung naik sendiri
-160gram tepung gandum
-1 sudu teh soda bikarbonat
-sedikit garam
-100gram coklat chips
-120gram badam potong dadu/cincang
.
Cara2......................................................................................
  1. Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate dan garam. Sekiranya guna badam cincang,goreng tanpa minyak sekejap, tp jgn sampai hangus.
  2. Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan bahan2 yg telah diayak td dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.
  4. Sudukan ke atas loyang yg telah disapu mentega. Jarakkan sedikit antara satu sama lain.
  5. Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit.
.
sekian~

[Biskut Popia nestum]

salam~
.
resipi biskut popia nestum...sedap dan rangup...
.
.
Bahan2...................................................................................
1 pack besar popia
1/2 cwn gula halus - kisar
1 cwn nestum - kisar halus
Lidi satay utk menggulung
Minyak utk menggoreng
Air sebagai bahan pelekat
.
Cara2....................................................................................
1. Gulung popia gunakan lidi satay
2. Gulung hingga habis, tinggalkan dlm 1-2cm untuk gamkan dgn air.
3. Buat hingga habis peket popia.
4. Sementara itu tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab supaya tidak kering jika tidak susah nak gunting.
5. Kemudian potong jarak 1-2cm.
6. Goreng dengan api perlahan/kecil.
7. Angkat dan toskan minyak.
8. Sira/tabur dgn gula & nestum kisar.
9. Gaul hingga rata.
.

.
sekian~

[Biskut Nestum raya 2011]

salam~
.
biskut raya keempat ialah biskut nestum..buat biskut yg simple dan sedap sahaja..ade kesempatan baru buat yg macam gempak sikit biskut raya ni..hehe..sila jamu mata yer..
.
.
.
Bahan2.........................................................
-1 cawan tepung gandum
-1 sudu teh serbuk penaik
-1 sudu teh soda bikarbonat
-1/2 cawan nestum
-125gram mentega
-1/3 cawan gula aising
-1 biji telur gred A
.
Cara2 buat................................................
-Ayak gandum,serbuk penaik dan soda bikarbonat. Satukan dengan nestum.
-Pukul mentega dan gula hingga sebati,masukkan telur dan pukul sebentar.
-Masukkan campuran tepung dan uli hingga menjadi adunan doh yang lembut.
-Bentukkan menjadi bentuk yg diingini dan letakkan ceri sebagai hiasan.
-Boleh juga disalutkan dengan nestum dan kepingan badam sebagai hiasan.
-Bakar dengan suhu 175c atau 15-20minit..atau sehingga masak.
-Siap dan boleh dimakan..hehe...
.
.
sekian~


[Biskut Almond London raya 2011]

salam~
.
biskut ketiga..almond london...biskut kegemaran ramai..mesti tak sempat hidang raya nnt..buat 1 adunan dapat sikit je..kalo rajin buat lagi..
.
.
Bahan2..................................................................
  • 250 gm butter
  • 2 1/2 cawan tepung gandum ( 250 gm )
  • 1 cawan tepung jagung ( 100 gm )
  • 1 cawan gula aising ( 100 gm )
  • 1 biji kuning telor
  • Badam biji di panggang secukupnya
  • Badam cincang untuk hiasan
  • Coklat masakan secukupnya
  • Mangkuk kertas/ paper cup
  • Cara2 buat..................................................................................
  • -Pukul mentega dengan gula hingga kembang
  • -Masukkan telur, esen vanilla dan dipukul lagi.
  • -Ayak bersama tepung jagung dan gaulkan bersama adunan tadi
  • -Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh
  • -Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil/lonjong & masukkan kacang didalamnyer.
  • -Letakkan diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan sedikit mentega
  • -Bakar pada suhu 200'c.d selama 20 minit
  • -Cairkan coklat masak dengan kaedah "double-boil"
  • -Masukkan biskut tadi kedalam mangkuk kertas dan tuang coklat masak.Taburkan sedikit badam cincang utk hiasan.Siap.
~sebelum disadur coklat masakan..

~siap..1 adunan dapat byk nih jer..mmg tak ckup..hehe
.
sekian~

[Biskut sarang semut raya 2011]

salam~
.
biskut kedua tuk raya 2011..biskut sarang semut..yg senang2 aje tuk raya tahun nih..
.
biskut sarang semut..................................
.
Bahan2
250 gm butter
100 gm gula halus
350 gm tepung gandum.....]
100 gm tepung kastad.......] di ayak
1 biji kuning telur
1 s/teh esen vanilla
.
hiasan
Sedikit coklat rice
sedikit manik gula kecil(warna-warni)
secukupnya papercup kecil
.
Cara2...
1. Pukul kembang butter dan gula.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
3. Masukkan tepung dan gaul rata.
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan ke dalam papercup.
5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil.
6. Bakar dalam oven dgn suhu 150 'C sampai masak.
7. Sejukkan ...simpan dalam bekas kedap udara.
.

.
sekian~

[Biskut semperit..raya 2011]

salam~
.
Arini siap sejenis biskut tuk raya tahun nih..baru sejenis...nnt menyusul yang lain plak...
.
.
Bahan2....................................
1 cawan mentega
¾ cawan gula halus
1 biji telur
1 camca teh vanila
1½ cawan tepung gandum
¾ cawan tepung jagung
¾ cawan tepung kastad
1 camca teh baking powder
½ camca teh garam
Ceri untuk hiasan..tapi sy guna manik..ceri lupa nak beli..hehe...
.
Cara2 buat..........................................................................
-Pukul mentega dan gula hingga rata.
-Masukkan telur dan vanila. Kacau lagi hingga sebati.
-Masukkan tepung-tepung dan garam yang disatukan sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega. Gaul hingga habis.
-Terap dengan acuan dan hias dengan hirisan ceri. Susun di loyang yang dilengserkan dengan mentega. Bakar selama 10-15 minit dengan suhu 150C.
.
.
.
sekian~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...