[kek rainbow]

salam~
.
saje nak penuhkan blog dgn kek pelangi nih..cam menarik jer tgk hari2..hehe..
.

.

.

.

.

.
sekian~

[resipi RVC]

salam~
.
first time customer request kek yang tak penah sy buat,so terus buat je,ikut resipi yg sy amik kat tenet ni..takde try2 dah..harap2 jadik la..rasa kek nih pon sy tak penah tau camne..hihi..
.
resipi amik dari mamasya..tq tuan rumah..
.

~alhamdulillah..harap2 rasanye sedap..rupa mcm dah sama tuh..hehe..ni resipinye..
.
Bahan-bahan:
5 biji telur gred B
250 gram mentega beku tanpa garam
*3 cawan tepung naik sendiri
*3 sudu makan koko Vochelle
2 cawan gula kastor
2 sudu makan pewarna Red Bright
1 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk blh tgk resipi kt bwh
1 sudu teh garam
1 sudu makan bicarbonate of soda
1 sudu makan cuka makan
.
Cara-caranya:
1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
5. Masukkan tepung dan buttermilk (buttermilk dicampurkan pewarna merah), berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
6. Larutkan bicarbonate of soda dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.
.
Nota: Gunakan dua biji dulang pembakar bulat bersaiz 8". Sejukkan kek kemudian barulah dipotong dua untuk mendapat empat lapisan.- bakar dlm loyang 9' dpt 2 biji kek..
.
Filling:
500gram blueberry filling - tak letak
.
Krim:
500 gram krim keju Phillidephia
1 cawan krim putar
Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).
*Campur sedikit butter(agak2) dan putar bersama bahan diatas supaya frosting agak keras dan mudah dibentuk
Nota:
Buttermilk - 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.
.

~bila dah masak..sy potong kek 2 bahagian gini..guna benang je..mudah cepat dan sekata..hehe

~nahh..merahnye makngah..hehe..

~sy letak creamcheese sikit kat lapisan tengah.

~dan hias sesuka hati..
.
sekian~

[Rainbow Cake]

salam~
.
sempena besday diri sendiri..teringin makan rainbow cake..so hempas pulas la kat dapo bersama wafa..
.

.
Bahan-bahan:
-3 cwn tepung gandum*
-4 sudu kecil baking powder*
-1/2 sudu teh garam*
-1 buku butter
-1 1/2 cwn gula kastor
-1 1/2 cwn susu segar
-5 biji putih telur suhu bilik
-2 sudu teh esen vanila -
Pewarna merah, biru, hijau, kuning, oren, ungu
Milo secukupnya..
.
Cara-cara:
-panaskan oben 15minit dgn suhu 170c..
-ayak sume yg bertanda *
1-pukul butter dan gula hingga kembang,putih
2-masukkan putih telur dan pukul hingga gebu
3-masukkan esen..pukul sebati
4-masukkan bahan diayak* tadi selang seli dengan susu segar..dan pukul dengan perlahan setiap kali dimasukkan..
5-bahagikan adunan kepada 6 bahagian..masukkan warna dan kacau sebati..
6-masukkan satu bahagian dalam loyang 8' yg dialas dan digris..bakar selama 5-20minit..
7-ulang sampai habis..
.
untuk topping dan setiap lapisan kek..
.
400ml whip topping krim - di putar hingga kembang
(untuk disapu pada setiap lapisan dan seluruh kek)
.
tapi sy guna creamcheese..
.
-1 buku creamcheese + 1 cwn gula aising + 1/2 cwn butter..pukul kembang dan sapu pada setiap lapisan kek dan keseluruhan kek..
.
.
.
.
Cara-cara melapis kek:
-amik satu bahagian kek..sapukan topping dan tabur sedikit lapisan milo(tabur rata sekeliling atas topping)
-pastu amik bahagian yg lain..lapis atasnya..dan ulang sampai habis..
-sapu sedikit lapisan topping di sekeliling kek..dan seeloknya disimpan semalaman dalam peti ais..
-kuarkan dari peti ais dan sapukan topping yang selebihnya hingga habis..
.

.bahagikan kepada 6 bahagian..

.kaler dah sebati..

.siap dimasak..

~sapu setiap lapisan..
.
.
.

~sapu sekeliling kek dan deco la sepuas hati..siap~
.
sekian~

[RVC-birthday]

salam~
.
Red Velvet Cake..RVC..order by Muhamad Razif dari Sg Merong,Bentong..suprise untuk kakaknya di PPD Bentong..tq yer..
.

.

~RVC tanpa baju..

~siap berdandan..
.
sekian~

[cuppies besday]

salam~
.
cuppies perasa choc ngn vanilla..16biji..tenkiu Ida dari bentong..
.

.

.

.
sekian~

[kek kukus lapis keju]

salam~
.
untuk ulangtahun yang kedua kami,sy decide tuk buat kek kukus sahaja..godek2 resipi ade resipi kek coklat kukus lapis keju..em menarik kan..
.
menarik jugak sbb ade keju kan..so pegi beli creamcheese cepat2 dan terus buat..alhamdulillah rasanya tak boring..hehe..sedap jugak even kene kukus pon..
.

.
meh share resipi cikit..
.
Bahan A:
-1/2 cwn gula
-1/2 cwn koko
-1/2 cwm susu cair
-1/2 cwn susu pekat
-1/2 cwn minyak masak
-1 peket nescafe 2 in 1
**semua ni gaul sebati dan masak atas api hingga pekat..
.
Bahan B:
-1/3 tepung gandum
-1/2 st soda bikarbonat
-1/2 st baking powder
**ayak semua nih..
.
Bahan C:
-2 biji telur
**pukul hingga kembang berbuih
.
Cara-cara:
-masukkan adunan B dan C ke dalam bekas adunan A secara selang seli dan dikacau sebati setiap kali,sehingga habis..
.
Bahan-bahan keju:
-125g creamcheese
-4 sb susu pekat
-2 sb tepung gandum
-1 st tepung jagung
-1 sb jus lemon
-10ml air
-1 biji telur
.
Cara-cara:
-Pukul semua bahan KECUALI telur hingga kembang..
-masukkan telur dan pukul sehingga nampak berbuih..
.
Cara-cara kukus:
1)bahagikan bahagian kek kepada 2 bahagian
2)masukkan bahagian kek yang pertama dalam loyang dan kukus hingga masak
3)masukkan lapisan keju dan kukus hingga masak
4)masukkan lapisan kek yang kedua,juga kukus hingga masak
5)siap..dan bolehla di hias..
.

~hiasan pertama sy cam gini..tapi nampak comot..hehe..

~so sy hias biar nampak menarik sikit..tadaaaa..siap..leh potong dan mkn..
.
sekian~

[kek kukus hujan panas]

salam~
.

.
aritu ade beli kelapa parut untuk buat solok lada ..dan masih ade bakinye dalam peti ais..dah taktau nk buat ape..godek2 resipi yg tersimpan,ade la resipi nih..sbb kaedahnye kukus dan senang jer..so terjadila kek kukus hujan panas nih..alhamdulillah en.suami sgt2 suke...
.

~rasanya lemak2 gitu..kaya dgn kelapa parut..ade crunchy2 sikit..ehh mmg sedapla..hehe..alhamdulillah..

~sy buat 2 version..letak la loyang separuh dan letak lam bekas apam separuh...tapi saya kukus sekali harung jer..dan kena kosongkan bahagian tgh kukusan yg kukus apam tuh sbb air kukusan menitik kat tingkat bawah tuh..kalo tak,abihla rosak kek yg dalam bekas apam kat bawah tuh..
.
Bahan-bahan:
  • 160g marjerin
  • 3/4 cwn gula
  • 1 1 /3 cwn tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 80g seri kaya
  • 25g susu pekat manis
  • 150g kelapa parut
  • sedikit pewarna merah,hijau dan kuning.

Cara-cara:

1. Sediakan pengukus dan biar hingga mendidih
2. Pukul marjerin bersama gula hingga kembang
3. Masukkan telur satu persatu
4. Masukkan serikaya, susu dan tepung. Pukul lagi hingga adunan sebati, ketepikan.
6. Bahagikan kelapa parut kepada tiga bahagian dan warnakan satu persatu.
7. Masukkan kesemua kelapa parut berwarna ke dalam adunan, gaul sebati.
8. Tuang adunan ke dalam bekas 8 inci yang sudah di griskan
9. Bila pengukus dah mendidih,kukus selama 1 jam atau hingga masak.Balut penutup dengan kain supaya air tak menitik ke atas kek.
10.Potong apabila kek dah sejuk.
.

~adunan kek sebelum dimasukkan kelapa parut warna warni..

~kelapa parut digaul dgn 3 kaler berbeza..

~campurkan semua..gaul rata..

~masukkan dalam loyang..

~dan juga bekas apam..
.
sekian~

[Biskut lagi..mudah rangup]

salam~
.
buat biskut dgn resipi sama lagi..cuma olah2 gitu jer sikit2..
.

.
Bahan-bahan:
1/2 cwn gula*
1 cwn mentega*
1 biji telur*
2 cwn tepung gandum
1 st baking soda
1/2 st garam
1/2 cwn coklat masakan yg diparut
.
Cara-cara:
1-Campurkan semua bahan yang bertanda * dan gaul rata.
2-Kemudian masukkan gandum,soda dan garam.Sebatikan
3-Akhir sekali masukkan coklat masakan.Ratakan semua.
4-Bentukkan dan bakar 180c selama 15minit.
.

~makan petang2..

.
sekian~

[CreamPuff]

salam~
.
mencuba buat creampuff plak..dah lama nk buat..dan terjadilah ia..resipi dari Hasue...tq tuan rumah...hehe..
.

.
Bahan-bahan:
.
-100ml air
-45g butter-suhu bilik, potong 1cm
-60g tepung gandum- diayak
-2 biji telur
.
Cara-cara:
.
Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
.
1.Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
2.Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
3.Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
4.Masukkan telur, kacau cepat-cepat
5.Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.
6.Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang.Anggaran diameternya ialah 5cm.
7.Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
8.Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
9.Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.
.

~pipekan atas dulang..lebih kurang sebesar syiling 50sen..

~krim dia mmg sedap la..hehe..

.
sekian~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...