[kek velvet berombak]

salam~
.
aduhaiii..tak larat nak telan air liur..kahkahhh..asyik duk blogwalking ke rumah2 tukang masak ni la jadinye..dah la..stop kejap..kering plak tekak nih..
.
duk tgk resipi best2 terus rasa macam banyak masa je nk buat sume nih..haha..ni pon buat time wekend aritu..leh la en.suami tolong tengok2 kn wafa..kalo tak tak larat nak kejar ke dapo..kejap kejar ke dalam umah tgk wafa..hihi..
.
akhirnya jadi la nih..akibat kukusan tak berapa nk besar..kek berombak ni pon macam bantat jer..tapi still rasa sedap laaa..en.suami la yg mkn..lepas mkn mkn..lepas mkn mkn..hehe..
.
~suke bila tengok menjadi..walauuu tak berapa nk berombak..hehe..

~wane wani..
.
ni sy share resipi yg amik dari cni..
.

Bahan-bahan ( loyang 9x6x3 / 10x7x3 )

  • 5 biji telur - A yg sejuk dr peti ais
  • 1 cawan gula halus
  • 2 cawan tepung gandum - ayak
  • 1 sk baking powder
  • 1 sb ovallete
  • 1/2 sk garam
  • 1 sk esen vanilla
  • 1/2 cawan + 1/8 cawan susu sejat = (150g)
  • 10 sb mentega cair (100g)
  • pewarna oren,hijau,kuning dan merah atau warna2 pilihan ikut suka
  • Secukup serbuk koko atau serbuk milo (boleh campur kedua2 skali)
  • Cara-cara

    1. Panaskan kukusan.Loyang dialas kertas dan digris sekeliling.
    2. Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan pewarna dan pukul hingga kembang.
    3. Masukkan mentega cair dan kaup-balikkan adunan hingga rata.
    4. Bahagikan adunan kepada empat bahagian dan warnakan.
    5. Ratakan adunan berwarna pertama di dalam loyang.Ayak serbuk koko di atas lapisan pertama rata2 hingga menutupi lapisan pertama tadi.
    6. Tindihkan adunan berwarna kedua di atas lapisan koko dengan kemas.Bagi memudahkan gunakan sudu makan dan tompok2kan adunan hingga rata menutupi lapisan serbuk koko.Tabur lagi serbuk koko rata2.Ulang melapis dan menabur serbuk koko untuk lapisan ketiga hingga lapisan terakhir adunan berwarna tanpa ditabur serbuk koko.
    7. Tutup loyang kemas2 dengan aluminium foil yang telah disapu mentega.Kukus selama 45 min.
    8. Apabila masak,buka segera aluminium foil.Ketika ini kek yang dilapis dah kelihatan berombak.Biarkan kek 5 min di dalam loyang.
    9. Tangkupkan loyang dan sejukkan kek di atas redai.
    10. Biar kek benar2 sejuk dan boleh dipotong dan hidangkan.
.
selamat mencuba ..
.
sekian~

2 bite cupcakes!:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...