[CreamPuff]

salam~
.
mencuba buat creampuff plak..dah lama nk buat..dan terjadilah ia..resipi dari Hasue...tq tuan rumah...hehe..
.

.
Bahan-bahan:
.
-100ml air
-45g butter-suhu bilik, potong 1cm
-60g tepung gandum- diayak
-2 biji telur
.
Cara-cara:
.
Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
.
1.Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
2.Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
3.Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
4.Masukkan telur, kacau cepat-cepat
5.Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.
6.Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang.Anggaran diameternya ialah 5cm.
7.Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
8.Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
9.Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.
.

~pipekan atas dulang..lebih kurang sebesar syiling 50sen..

~krim dia mmg sedap la..hehe..

.
sekian~

1 bite cupcakes!:

Anonymous said...
February 28, 2013 at 11:30 AM

Kaaaaak! custard cream nak buat aacane....

saye budak baru belajaq,Lau tak pandai tolong ajarkan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...