[Kek Coklat Kukus Keju Koktel]

salam~
.
selamat petang semua...akhirnya terjadi jugak kek nih..alhmdulillah..tapi sgt tergopoh gapah buatnye..maklumla nak sambut org jauh dtg..so kek nihla jadi santapan nanti..pencuci mulut bak kata org..
.
saya amik resipi nih kat cni..tapi tang nak buat krim cheese tuh sy pandai2 sendiri jer..sambil buat sambil rasa..so ala kadar je la..tapi sedap juge..hehe..tak percaya,cuba la..hihi..
.

.
Bahan A (ayakkan bersama)
2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1 sk baking powder
1/2 sk soda bikarbonat
.
Bahan B
1 cwn susu pekat
1 cwn butter cair
1 cwn air panas
2 cwn gula perang
.
Bahan C (kacau bersama)
4 biji telur
1 sk esen vanilla
.
Cara
1. Panaskan kukusan dan lapikkan loyang dengan kertas minyak.
2. Masukkan Bahan A dalam mangkuk. Ratakan.
3. Masukkan Bahan B dalam mangkuk yg berisi Bahan A tadi. Kacau rata.
4. Masukkan Bahan C dan kacau adunan sehingga sebati.
5. Masukkan dalam loyang dan kukus selama 1 jam atau lebih sikit.
6. Sejukkan dan hiaskan dengan krim keju dan buah2an koktel
.

.
Bahan krim keju:(resipi sendiri)
250 gm keju cream philidephia
1/2 cwn gula halus
3 sb jus sunquick
1 tin buah2 koktel (tinggalkan sedikit untuk hiasan atas kek)
.
Cara-cara:
1, Pukul keju cream dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan jus sunquick dan pukul lagi.
3. Masukkan buah koktel dan kacau sebati (jangan masukkan air koktel).Sapukan rata atas kek.
4. Taburkan buah2 koktel dan sejukkan beberapa jam.
5. Potong dan hidangkan.
.

~saya potong kek 2 lapisan dan letakkan krim cheese kat tengah2..

~comot yg sedap..hehe..

.
sekian~

2 bite cupcakes!:

WANDA said...
December 31, 2011 at 3:22 PM

HAPPY NEW YEAR 2012....sedapnyeee kek !!! aduhh terliur nie...

Noli Cupcake Bentong said...
January 1, 2012 at 12:15 PM

hepi new year jugak..kek senang nih..cubala..;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...