[slice ciskek simple]

salam~
.
alhamdulillah..menjadi slice ciskek saya nih..
.

.
pada mulanya mmg takut tak jadi..takut bantat la,tak gebu dan seangkatan dgnnya..hehe..asik duk tengok cara2 dengan betul..sukatan betul sume..takut tak jadi,letih tuh membaking.. kahkahhh..
.
jom tengok resipi...
.

.
bahan-bahan:
  • 6 keping slice cheese
  • 200 ml susu segar
  • 70 gram butter atau marjerin
  • 70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
  • 70 gram gula
  • 4 biji telur saiz M
  • beberapa titik esen vanila
cara-cara buat:(cara nak buat mudah jer,explanation aje manjang bebeno..baca dan faham yer..macam cikgu plak..hihi)
  1. Carik-carikkan slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar..
  2. Masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair dan sentiasa kacau yer..
  3. Kemudian, masukkan butter dan kacau hingga larut,tutup api dan biarkan sejuk..
  4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue..
  5. Dalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul.kacau2 sampai hilang ketulan yer..
  6. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan beberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas bakar. masukkan adunan kek di dalam acuan..
  7. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit,guna cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya..dan gebu....
  8. Bila dah masak biarkan dalam oben beberapa minit..kek akan tertanggal dari loyang dgn sendirinya..dan taraaaaa..siap dah..kalo rajin nak hias,hias la..nak makan terus pon sedap..sy letak dalam peti ais,makin sedappp...
  9. Rupa kek yang dah siap,dan dikeluarkan dari loyang..alhmdulillah tak bantat..(ade pengalaman kek bantat nih..hoho)

.


.
selamat mencuba...
.
sekian~

2 bite cupcakes!:

nabilah_2908 said...
December 19, 2011 at 2:41 PM

sy dah try buat cheese cake ni...

alhamdulillah..menjadi.. :)

sy ada share kan link resepi ni di blog sy...

http://www.zafiranabilah.com/2011/12/simple-cheese-cake.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...