[Bahulu]

salam~
.
rajin buat bahulu nih..igtkan nk buat bahulu gulung..tapi terpikir nk buat trifle plak..tak jadi gulung la..hehe..so jadiknye bahulu plain gini jer..sbb nnti nk letak lam bekas terus lepas lapis ngn jem..
.

~rupanya mcm nih..lapisan bawah sekali..bahulu lapis jem..hehe..
.
ok jom tengok resipi..

Bahan-bahan:
3/4 cwn tepung gandum (diayak)
3 biji telur A
5 sb gula halus
1 st esen vanilla
2 sb jem raspberi
sedikit gula halus utk taburan
.
Cara-Cara:
  1. Sediakan loyang dan dialas dgn kertas minyak dan griskan serta taburkan sedikit tepung di permukaannya. Panaskan oven pd suhu 180c.
  2. Pukul telur dgn gula sehingga kembang dan ringan. (pastikan adunan ini betul2 kembang dan gebu, ini akan membantu kek jd lebih ringan dan lembut setelah masak).
  3. Masukkan esen vanilla/jus lemon dan putar lagi hingga sebati.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dlm adunan td sambil dikacau dgn cara kaup balik. (kaup tepung dgn perlahan jer).
  5. Tuangkan adunan ke dlm dulang dan ratakan.
  6. Bakar pd tetingkat atas (high rack) selama 20 minit atau sehingga kek keperangan. (jika menggunakan suhu 200C, bakar selama 10 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180C, dan bakar lg selama 5 minit). Walau bagaimanapun, kepanasan suhu bergantung pd jenis oven yg digunakan.

.
UNTUK FILLING DAN GULUNG KEK:
  • Panaskan jem raspberi sehingga cair.
  • Alaskan sekeping kertas minyak di atas kain lembab. Taburkan sedikit gula di atasnya.
  • Setelah bahulu masak, terus keluarkan dan terbalikkan di atas kertas minyak td. Potong kerak di bahagian tepinya jika suka. Sapukan jem di atas bahulu hingga rata.
  • Gulung dgn kemas dgn menggunakan kertas minyak.
  • Sejukkan sebelum dipotong dan dihidang.
sekian~

0 bite cupcakes!:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...