[Puding roti karamel]

salam~
.
dalam cuaca panas gini sekarang..minda duk pk2 nk mkn ape yg manis2 tuk berbuka nnt...ohh sy puasa semalam..
.
dalam mencari2 resipi jumpa la resipi mudah nih..boleh la buat..tapi sy olah sedikit ikut citarasa..hehe..igtkan nk buat puding karamel jer..mak aihhh telur tak ckup plak..heehee...tunggu la bulan depan plak ayam bertelur...ktok ktok ktok!!..haha..
.

.
sempat la mengukus puding nih sebelum berbuka..tapi tak sempat sejuk..sy mkn puding tuh suam2 time berbuka..sedap jugak..lepas tuh,mkn lagi lepas letak lam peti ais..lagi sedappp!..hehe..
.

.
Bahan-bahan:
.
Karamel:
-1 sudu gula - taburkan dlm loyang,panaskan hingga keperangan gitu
-1/4 cwn air - masukkan dalam loyang berisi gula hangus tadi dan biarkan sebati,tutup api,ketepikan
.
Puding roti:
-3 keping roti - siat-siatkan
-1 1/2 cwn susu cair
-1/2 cwn air suam
-1/4 cwn susu pekat
-1 sk esen vanila
-3 biji telur - masukkan dalam mangkuk dan kacau bercampur jgn sampai berbuih
.
Cara-cara:
1-blendkan semua bahan2 kecuali telur..sehingga hancur
2-masukkan adunan yang dah diblend tadi ke dalam mangkuk berisi telur,kacau sebati
3-tapis adunan ke dalam loyang berisi gula hangus tadi
4-kukus selama 45minit
5-bila dah masak,tunggu sejuk dan boleh dikeluarkan dari loyang..
6-makan suam or sejukkan dalam peti ais
.

.
sekian~

0 bite cupcakes!:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...