.
belajar buat karipap plak..alhmdulillah percubaan pertama tak menghampakan..rangup dohnya..dan intinya masih boleh disedapkan lagi..hehe..
.
kalau pakai daging dan bykkan bawang mesti lagi sedap kot..hehe..
.
jom cuba jom..sy juge belajar kelim kat sini..
.
.
Bahan-bahan doh:
- 250g tepung gandum
- 2 sudu besar marjerin – cair dan panaskan
- 2 sudu besar minyak masak – panaskan
- garam
- 1air
- INTI
- 4 biji kentang
- 200g daging@ayam cincang
- daun sup
- 2 1/2 sudu besar kari ayam/daging
- 1 biji bwg besar
- 2 ulas bwg putih
- garam
- gula
- air
Cara-cara:
- Untuk membuat kulit karipap – campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata guna sudu sbb panas.Bancuh garam dan air. Masukkan sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.
- Untuk buat inti – kentang dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan.
- Blend bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bhn2 tersebut hingga naik bau. Masukkan pes kari dan kacau rata. Kemudian masukkan kentang,ayam@daging, air dan garam secukup rasa. Rebus sehingga kentang empuk dan ayam@daging masak dan air kering.last skali taburkan daun sup yg dipotong halus.
- Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai.
- Masukkan inti kentang dan tutup serta kelim karipap tersebut.
- Goreng dengan api yang sederhana. Siap~
~canaikan dan buat bentuk bulat camni..tapi kalo ade alatan mengkaripap tu,boleh jadik karipap terus sebiji..hehe..
~letak inti..
~tutup rapat2..picit sikit bagi bercantum..
~pastu leh kelim..picit sikit bahagian ujung doh tuh..pastu lipat ke bahagian atas dengan cara menolak menggunakan ibu jari..sambil tolak sambil picit bahagian bawah tuk buat kelim kedua..tolak ke atas lagi..dan picit lagi tuk kelim ketiga..begitula seterusnya..hihi..fhm tak?bagus2..
~gini la rupanya..buat sampai habis..
~siap..walaupon herot sikit..hehe..
~dah siap tuk 1 adunan..sy goreng 4 ketul..kemudian yg lain sy frozenkan..
~alhamdulillah..
.
sekian~
0 bite cupcakes!:
Post a Comment