[kek coklat lembap lagi~]

salam~
.
kek coklat lembap lagi..tapi tanpa topping..buat untuk makan2..dan sedekah kat jiran2..alhmdulillah..rezeki mereka..
.

.
Bahan A (ayakkan bersama)
2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1 sk baking powder
1/2 sk soda bikarbonat
.
Bahan B
1 cwn susu pekat
1 cwn butter cair/minyak masak
1 cwn air panas
2 cwn gula perang
.
Bahan C (kacau bersama)
4 biji telur
1 sk esen vanilla
.
Cara
1. Panaskan oben dan lapikkan loyang dengan kertas minyak.
2. Masukkan Bahan A dalam mangkuk. Ratakan.
3. Masukkan Bahan B dalam mangkuk yg berisi Bahan A tadi. Kacau rata.
4. Masukkan Bahan C dan kacau adunan sehingga sebati.
5. Masukkan dalam loyang dan bakar selama 1 jam dengan suhu 180c.
.

~lapisan atas tuh rangup lepas masak..sedap mkn suam2 gitu..

~sebelum dibakar..

~siap dibakar..

siap dipotong..
.
sekian~

0 bite cupcakes!:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...