[Roti Silang]

salam~
.
kali nih try wat roti silang plak..alhmdulillah walau tak sempurna nampak jugak la silang tuh..roti lembut kata en.suami..lenkali leh wat lagi..
.

jom tengok resipi roti..
.
Bahan-bahan:
.
140ml air
20gm telur
250gm tepung roti
20gm gula
1/2 st garam
25gm mentega
3st yis
8gm susu tepung
1st bread improver
1st bread softnener
.
Cara-cara:
  1. satukan semua bahan ke dalam mangkuk adunan kecuali mentega dan air,gaul rata
  2. uli perlahan sambil masukkan air sedikit demi sedikit.
  3. bila dah menjadi doh masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh menjadi licin dan kental...
  4. perapkan doh 45 minit sehingga doh naik 2x ganda
  5. keluarkan dan tumbuk buang angin yang ada dalam adunan tersebut...
  6. bentukkan leper dan letakkan inti,hiris sebelah kanan dan kiri doh,silangkan seperti dalam gambar
  7. biarkan doh mengembang dan sapu telur dipermukaan roti sebelum dibakar lebih kurang 20 minit 170 c sehingga masak
.
saya letakkan inti daging+sayuran campur..boleh aje nk masukkan inti ape pon..hehe..
.

~letak inti

~cara silang

~sebelum bakar..rehatkan doh lepas disilang..tunggu naik sikit...

~dan lepas dibakar..
.
sekian~

2 bite cupcakes!:

wani johari said...
January 10, 2012 at 12:45 PM

sedapnya noli..rajin duk silang2 roti ni..

Noli Cupcake Bentong said...
January 10, 2012 at 12:56 PM

hehe..tengah rajin..kalo malas jemput2 je taruk lam loyang..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...